Friday, January 22, 2010

Kasih

 

 

sarat hatiku

oleh rindu

 

hebat kasihmu

tepu di jiwaku

 

cintaku pasrah

mengalir pada darah

 

ke segenap ruang

ke segenap arah





22 januari 2010

Sunday, May 17, 2009

Epilog cinta luka

 

1

Terima kasih sayangku

kerana telah mewarnai

hari indah ini

dengan ucapan

cinta murnimu

buat lelaki seperti ku

ia begitu besar ertinya

 

2

ingin rasanya

ku laungkan

pada dunia

ucapan cintamu

tapi siapalah aku

untuk melakukannya

 

3

terima kasih sayangku

kerana sudi

menyinari hidupku

sesekali aku malu

oleh sinar cintamu

 

4

sayangku

kita ditakdirkan

jatuh cinta

maaf jika aku

mengheretmu ke duniaku

yang suram ini

 

5

maafkan aku

sayangku

jika nanti

kau terluka

oleh duri cinta ini

kita hanya merancang

tuhan yang menentukan

 

6

kau yang sangat kusayang

 

7

AKU CINTA PADA MU




Srikandi Cintaku 

( lagu - M. Nasir,  yg selalu ku nyanyikan dikala sepi)

 

Dingin malam

tirai kenanganku

menyerlahkan  sekurun ingatan

terciptalah rimba kehidupan

percintaan dalam perjuangan

 

kesetiaan sebagai bekalan

bisikan mu penuh pengharapan

tiada garis dapat memisahkan

segalanya kudratmu tuhan

 

alam bagai mengerti

segala yang terjadi

embun menitis panas simpati

pertemuan tiada awal akhir

 

perutusan berdarah kuterima

gugur kuntum di tengah halaman

medan ini kurasakan sepi

terpaku pilu

 

kusemaikan  pepohon kemboja

yang bun ganya adalah hatiku

semadilah dalam kedamaian

semangatku tetap bersamamu

 

ku usung oh jenazah cinta

semadilah nisan kasih suci

semangatmu tetap bersamaku

selama pasti

 

debu malam meragut kenangan

menyedarkan dari lamunan

percintaan dalam perjuangan

kau abadi

srikandi cintaku.



Hujan

Rahmat tuhan

turun lagi

mencurah curah

 

setiap titis

membenihkan rezeki

bertebaran

 

setiap titis

menghilangkan debu

noda kehitaman

 

ada daerah

yang merintih mengharap

kemarau berlalu pergi

 

ada daerah

yang merungut memaki

hujan mengganggu

urusan peribadi

 

manusia

tak pernah mahu

sedar dan insaf

akan rahmat ilahi

Anakku

 

sarapan apa pagi ini

anakku

belajar apa hari ini

                

maaf sayang

abah tak dapat pulang

kerana mengejar

mimpi yang hilang

 

entah esok

mungkin lusa

abah pulang

 

atau mungkin

selamanya abah

tak kan pulang

 

kerana sesat

di persimpangan

di buai gemersikan

biola kerinduan

Puzzle

Mengenalimu

bagai menemukan 

cebisan cebisan puzzle

yang berserakan

di lantai

 

kususun satu satu

antara warna

dan airmata

kesedihan

 

ini rambutmu

yang kususun

telah gugur

di hujung halaman

 

ini senyummu

yang ku temukan

telah pudar

oleh  derita berpanjangan

 

gambarmu pun

tak pernah dapat

siap kususunkan.

 

- 2 Mei 09

Thursday, May 7, 2009

Kesunyian

Kesunyian

telah menemukan kita

kebasahan

antara titis titis hujan

yang gugur berderai

berserakan

 

kesunyian

telah menjadikan kita

penuh keberanian

bagai  sungai sungai lara

menerjah arus

ke muara

kepedihan

 

kesunyian

telah mentakdirkan kita

pasrah

tentang cinta

dan airmata

kehancuran.

 

- 2 Mei 09