Rahmat tuhan
turun lagi
mencurah curah
setiap titis
membenihkan rezeki
bertebaran
setiap titis
menghilangkan debu
noda kehitaman
ada daerah
yang merintih mengharap
kemarau berlalu pergi
ada daerah
yang merungut memaki
hujan mengganggu
urusan peribadi
manusia
tak pernah mahu
sedar dan insaf
No comments:
Post a Comment